fb fb fb fb fb

'Raja Bomoh' disiasat


TELUK INTAN, 5 Januari- Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sedang membuka kertas siasatan terhadap seorang individu dikenali sebagai Raja Bomoh.

Ini susulan video tular berhubung satu ritual menolak banjir di Teluk Intan.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam," jelas Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.

"Saya meminta orang ramai agar tidak terpengaruh dan menjauhi apa juga amalan yang menjurus kepada khurafat," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Video berkenaan tular di media sosial memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai 'Puteri Zaleha' sedang menjalankan ritual tepung tawar dipercayai menolak kejadian banjir.

Mereka menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.

 

Media Baharu