fb fb fb fb fb

Program Kraf care@Nading, bantu usahawan kraf terkesan akibat banjir

HULU LANGAT, 5 Januari - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Kraftangan Malaysia mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada usahawan kraf yang terjejas akibat banjir.

Inisiatif dikenali program Kraf care@Nading ini dilaksanakan terlebih dahulu di Hulu Langat sebelum diperluas kepada usahawan kraf negeri-negeri lain yang terlibat.

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat berkata, kementerian sentiasa prihatin dan memahami kesusahan usahawan kraf yang mengalami kerosakan barangan dan produk jualan disebabkan musibah banjir.

"Dalam konteks ini Kraftangan Malaysia telah pun menyediakan pelbagai bantuan kepada usahawan ini.

Kraftangan akan membuat penilaian terhadap kesan daripada banjir tersebut dan meneliti bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada usahawan ini untuk membolehkan premis mereka kembali beroperasi selepas ini", katanya semasa ditemui pada program Kraf care@Nading serta pembersihan premis usahawan kraf di Hulu Langat.

Lebih 40 warga kerja MOTAC dan Kraftangan Malaysia terlibat dalam misi pembersihan bengkel serta rumah usahawan kraf yang terkesan.

Sementara itu, bagi usahawan terlibat, Mohd Zaironizam Daud kehadiran pihak MOTAC sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung.

"Kerosakan semua dianggarkan hampir RM100,000.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MOTAC dan juga Kraftangan Malaysia sebab datang membantu kami", katanya.

Media Baharu