fb fb fb fb fb

Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP lanjut waktu operasi kaunter

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melanjutkan waktu operasi di 10 kaunter PPZ-MAIWP bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2022.

Bermula 27 hingga 31 Disember 2022, 10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi jam 8.15 pagi hingga 9.00 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga jam 8.30 malam.

Cenderahati istimewa dan eksklusif menanti pembayar yang berkunjung ke kaunter PPZ-MAIWP.

Selain itu, saluran bayaran secara atas talian juga boleh dilakukan oleh pembayar dengan layari laman portal PPZ-MAIWP iaitu di www.zakat.com.my, Kaunter Zakat Digital, perbankan internet dan juga e-Wallet.


Temujanji juga boleh dibuat bagi pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP, dengan melakukan tempahan temujanji di mytemujanji.zakat.com.my/ di mana pegawai PPZ-MAIWP akan terus lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat.

Orang ramai diseru bagi menyegerakan bayaran zakat selewat-lewatnya 31 Disember 2022 bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan tahun taksiran 2022.


Sebagai tanda terima kasih pembayar zakat PPZ-MAIWP akan dilindungi dengan Skim Kafalah Muzakki atau Khairat Kematian sehingga RM3,000 dan Skim Wakalah atau pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri kepada mereka yang memerlukan.

Pembayar juga berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik sempena Kempen Year End Zakat 2022 yang akan diumumkan pada Januari 2023.

Media Baharu