fb fb fb fb fb

Jengkaut jatuh gaung, seorang lelaki maut

SARAWAK, 28 Disember- Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah jengkaut terjatuh gaung di Jalan Assan Nunggang, Sibu petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa yang tersepit dalam kejadian itu meninggal dunia di tempat kejadian.


(Anggota bomba membantu untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit)

Laporan berkenaan juga berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada pukul 3.38 minit petang dan anggota dari Balai Bomba Bintangor ke lokasi kejadian.

Pihak bomba dalam operasi itu bergerak membawa peralatan dengan berjalan kaki ke lokasi kerana tiada akses untuk jentera.

Dalam operasi itu, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan 'Air Lifting Bag'.

Mangsa dikenali sebagai John anak Singke, 62 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut


Media Baharu