fb fb fb fb fb

Pusat kanser dicadang dibina di Sarawak

MIRI, 7 Mei- Sebuah pusat kanser utama di kepulauan Borneo dicadang dibangunkan di Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni memberitahu, beliau memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan bahawa perkara itu akan menjadi komitmen beliau untuk memastikan pembinaan pusat tersebut direalisasikan.

"YAB Premier sangat menitikberatkan kesihatan masyarakat ataupun rakyat Sarawak.

"Maka beliau telah memberikan satu jaminan kepada KKM dan ianya menjadi satu tugas berat kepada saya untuk memastikan dan juga merealisasikan pembinaan pusat kanser Sarawak yang akan menjadi sebuah pusat kanser utama di kepulauan Borneo ini," katanya.

Jelasnya, pusat kanser ini amat penting memandangkan kanser adalah penyakit kedua tertinggi yang dihadapi oleh masyarakat di Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Ramah Tamah Persatuan Melanau Miri.

(Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni)

Tambahnya, perancangan seterusnya adalah untuk membolehkan klinik yang sedia ada dinaik taraf sebagai mini hospital supaya masyarakat luar bandar seperti di Belaga dan Sungai Asap dapat menikmati perkhidmatan kesihatan.

Tahun ini sebanyak 38 buah klinik kesihatan luar bandar di seluruh Sarawak telah dinaik taraf.

Media Baharu