fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: KKM cadang guna SOP COVID-19

PUTRAJAYA, 20 Julai- Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada berkaitan COVID-19 dalam Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15).

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya juga akan melakukan perbincangan terlebih dahulu bersama agensi terlibat bagi meneliti sekiranya terdapat keperluan untuk menambah baik SOP sedia ada.

"Setakat ini, kalau kita ikut trend daripada kes-kes yang kita terima, kita ambil maklum tetapi SOP yang kita lakukan adalah apa yang sedia ada.

"Kita akan berbincang juga khususnya bersama SPR, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga agensi-agensi yang terlibat kalau perlu kepada prosedur-prosedur yang lain," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KKM di sini.

Terdahulu, Zaliha turut melancarkan Flag Off Kenderaan Berhias KKM sempena sambutan Bulan Kebangsaan selain akan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti termasuklah Pameran Evolusi Sektor Perkhidmatan Kesihatan Malaysia dan juga Pameran dan Dekorasi Kemerdekaan Kertas Putih Kesihatan.


(Setakat ini kalau kita ikut trend daripada kes-kes yang kita terima, kita ambil
maklum tetapi SOP yang kita lakukan adalah apa yang sedia ada)

Media Baharu