fb fb fb fb fb

Projek Eko-pelancongan Paya Lebar, lebih 50,000 penduduk sekitarnya terima manfaat

MASJID TANAH, 3 November - Lebih 50,000 penduduk Kampung Paya Lebar serta kawasan sekitar bakal menerima limpahan ekonomi menerusi Projek Eko-pelancongan Paya Lebar, di sini yang dijangka siap pada tahun 2024.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata projek yang menelan kos RM2.063 juta melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu, memainkan peranan penting dalam agenda pembangunan ekonomi negara khususnya Melaka.

Katanya, kawasan paya lebar berkenaan telah dikenal pasti sebagai salah satu produk eko-pelancongan yang berpotensi dan mempunyai keunikan untuk diketengahkan sebagai destinasi pelancongan baharu Melaka.

Sulaiman berpuas hati dengan perjalanan projek berkenaan yang mengikut speksifiksi ditetapkan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sebagai agensi pelaksana.

(Sulaiman bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pemantauan projek negeri
dan program komuniti perikanan
di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di Paya Lebar)

"Suka juga saya maklumkan apabila ia siap nanti, kita akan mohon secara berperingkat bagi menambah baik lagi dengan infra peringkat awalnya telah kita buat, kerana saya mahukan satu lagiproduk pelancongan khasnya tidak menjadi tumpuan kepada Melaka Tengah sahaja . Ia juga harus dilihat ekonomi ini memberi pulangan kepada rakyat kepada daerah lain terutama di Jasin dan Alor Gajah," katanya.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 318 projek bernilai RM23.1 juta berjaya disiapkan di parlimen Masjid Tanah yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan negeri serta persekutuan tahun lalu.

Manakala sepanjang tahun ini katanya, sebanyak 183 projek telah dilaksana di sekitar Parlimen Masjid Tanah.

Media Baharu