fb fb fb fb fb

Program Shopping Raya Kasih POKB masuki tahun keempat

(Kesemua mereka diperuntukkan RM150 seorang untuk membeli kelengkapan seperti baju raya, songkok, tudung dan kasut)

KOTA BHARU, 9 April- 121 kanak-kanak dibawa membeli pakaian hari raya oleh Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di Kompleks beli belah di Kubang Kerian, Kota Bharu menerusi program Shopping Raya Kasih POKB 2023.
 
Presiden POKB, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim berkata kesemua mereka yang terdiri daripada anak-anak yatim, asnaf dan orang kurang upaya berumur 3 hingga 17 tahun itu diperuntukkan RM150 seorang untuk membeli kelengkapan seperti baju raya, songkok, tudung dan kasut.
 
Katanya, ini merupakan tahun keempat program sedemikian diadakan bagi memastikan kanak-kanak daripada golongan itu dapat bersama-sama meraikan hari raya dalam suasana meriah.
 
“Pihak POKB ini memang kita faham bahawasnya kita ni membantu mereka yang memerlukan kita tahu bahawasanya hari raya ni paling penting untuk kanak-kanak kalau tak ada baju baru tu takdelah raya dia. Jadi hari raya ni adalah untuk meriahkan anak-anak itu." kata Nik Izani kepada pemberita ketika ditemui dalam program Shopping Raya Kasih POKB 2023 di pusat beli belah di Kubang Kerian di sini.

(Datuk Nik Izani berkata program Shopping Raya Kasih POKB masuki tahun keempat)

Bagi program itu pihaknya memperuntukkan sebanyak RM20,000 hasil sumbangan ahli POKB seramai 2,000 orang.

Bagi penerima sumbangan yang juga merupakan kanak-kanak OKU, Atiqúr Rahman El Uqyle Lokman Hakim, dia berasa gembira kerana menerima baju raya untuk Aidilfitri kali ini.

 “Gembira amat terima kasihlah untuk ni dapat bantuan anak saya ni. Beli baju raya dia bei beli pamperslah untuk dia untuk adik dia sekalilah beli baju.” kata penerima bantuan, Atiqúr Rahman El Uqyle Lokman Hakim.

Media Baharu