fb fb fb fb fb

Rumah mampu milik: Kebajikan warga Lembah Pantai didahulukan

(Fahmi ditemu bual dalam Program Bubur Lambuk Yayasan TM serta menziarah
dan menyampaikan sumbangan zakat di PPR, Lembah Pantai)

KUALA LUMPUR, 8 April- Kebajikan warga Lembah Pantai didahulukan bagi pemilikan projek perumahan mampu milik.

Tegas Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, usaha ini dilihat dapat mengurangkan kepadatan isi rumah terutama di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Pantai.

"Antara perkara yang saya sedang usahakan untuk pastikan kalau ada rumah-rumah yang akan dibina di kawasan kawasan ini perumahan Lembah Pantai.

"Kita utamakan warga Lembah Pantai dahulu sebelum komuniti luar kalau ada projek tidak semestinya projek perumahan rakyat tapi program program perumahan mampu milik sebagai contoh untuk membantu komuniti setempat," kata Fahmi selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Yayasan TM serta menziarah dan menyampaikan sumbangan zakat di PPR, Lembah Pantai di sini.

Program Bubur Lambuk Yayasan TM menyediakan 1,500 pek bubur lambuk dan sumbangan zakat berupa pek makanan dan wang tunai kepada 300 golongan yang memerlukan.


(Fahmi ditemui selepas hadir dalam Program Bubur Lambuk Yayasan TM serta menziarah
dan menyampaikan sumbangan zakat di PPR, Lembah Pantai)

Media Baharu