fb fb fb fb fb

Program SARA: Peniaga kecil disaran manfaatkan peluang melalui MyKasih

Peniaga kecil disaran untuk mendaftar dengan Yayasan MyKasih bagi membolehkan barangan jualan mereka bersaing setara dengan premis perniagaan yang lebih besar / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Peniaga kecil disaran untuk mendaftar dengan Yayasan MyKasih bagi membolehkan barangan jualan mereka bersaing setara dengan premis perniagaan yang lebih besar, khususnya dalam pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu penting bagi mengurangkan jurang pendapatan antara peniaga kecil berdaftar dan premis-premis berskala kecil di luar bandar.

3107 NSL PAR AMIR PENIAGA KECIL 2Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

“Mereka hanya perlu mendaftar dengan Yayasan MyKasih dan mengikut tetapan yang telah diberikan. Kita menggalakkan agar dapat melebarkan lagi ruang yang diadakan,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Krai mengenai mekanisme penglibatan peniaga kecil sebagai antara premis pembelian yang terlibat dalam pelaksanaan program SARA.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian bantuan SARA secara one-off berjumlah RM100 kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas, tanpa perlu sebarang pendaftaran.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN