fb fb fb fb fb

Program SARA berjalan lancar, sistem berfungsi baik

Sekitar tinjauan transaksi SARA di Pasaraya SH Bistari, Kubang Semang, Pulau Pinang/Foto Kementerian Komunikasi

SEBERANG PERAI TENGAH, 14 September – Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar selepas masalah pada peringkat awal berjaya diatasi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tinjauan di Pasaraya SH Bistari mendapati purata 150 hingga 200 orang hadir setiap hari bagi menebus barangan asas menerusi program itu.

Menurutnya, kadar penebusan pada minggu pertama adalah positif dengan sistem berfungsi baik serta tiada masalah teknikal dilaporkan.

“Saya sangat berpuas hati, malah ada pengunjung menyatakan rasa terima kasih atas pelaksanaan program ini. Penggunaan MyKad memastikan bantuan sampai tepat kepada penerima,” katanya kepada pemberita.

SARA ialah bantuan tunai dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya seluruh negara.

GRACE AISYAH KEDAYAN