fb fb fb fb fb

Murid digantung sekolah akibat kes buli di Sabah

Gambar hiasa

KOTA KINABALU, 14 September- Seorang murid di sebuah sekolah di Sabah dikenakan hukuman gantung sekolah selepas didapati terbabit dalam kes salah laku buli baru-baru ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu diambil serta-merta oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan disiplin yang sedang berkuat kuasa.

“Selain hukuman gantung, murid terbabit juga dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk intervensi.

"JPNS tidak berkompromi dengan isu buli kerana keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan ,” menurut kenyataan itu hari ini.

JPNS menegaskan pihaknya akan terus memastikan semua sekolah di bawah kelolaannya menjadi persekitaran selamat untuk pembelajaran.

GRACE AISYAH KEDAYAN