fb fb fb fb fb

Program Protege beri manfaat kepada 12,450 graduan

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) telah merancang untuk melaksanakan beberapa program keusahawanan di kalangan graduan pada tahun 2023 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pelaksanaan program melalui Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protege) itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 12,450 siswazah.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick)

"Ia dijangka memberi manfaat kepada hampir 12,450 graduan melalui pelaksanaan program seperti berikut latihan intensif dalam talian bagi usahawan generasi baru (N-gene), program usahawan perantis (SPACE), program penempatan latihan kerjaya & keusahawanan TVET(GRACE), latihan asas keusahawanan (ETR101) dan program kembara kerjaya (ROAD),"katanya.

Pihak kementerian juga menyediakan pelbagai dana khusus dan latihan keusahawanan pada tahun 2023 bagi membantu usahawan belia untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

Antaranya melalui Tekun Nasional, Bank Rakyat, SME Corp, PERNAS dan Institut Keusahawanan Negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) yang meminta jaminan kerajaan untuk terus membantu golongan usahawan khususnya usahawan belia dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka dalam menghadapi krisis ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini.

Media Baharu