fb fb fb fb fb

Program menoktahkan kemiskinan tegar perlu terus diperkukuh- PM

Foto fail

KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemusatan program menoktahkan kemiskinan tegar terus diperkukuh agar manfaatnya merentasi semua kaum, termasuk masyarakat India.

Beliau berkata, kerajaan memberi perhatian serius terhadap usaha mengangkat golongan termiskin tanpa mengira latar belakang kaum, dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu.

"Ini seolah-olah peminggiran masyarakat India. Ini yang saya tak setuju. Betul, saya sebut di Parlimen ini bahawa jumlah miskin Melayu Bumiputera itu terlalu tinggi, majoriti penduduk negara ini Melayu. Yang miskin majoritinya Melayu. Maka program jauh lebih tinggi untuk masyarakat Melayu.

"... Tetapi untuk masyarakat India walaupun jumlah penduduk kecil, jumlah miskin kecil ketimbang jumlah penduduk Melayu, ada penduduk India yang relatif lebih miskin, termiskin. Itu harus kita tangani, sebab itu bagi saya pemusatan program menoktahkan kemiskinan itu perlu ditingkatkan", katanya pada sesi Dewan Rakyat.

Penyataan tersebut bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau.

ROSLINA BINTI DIN