KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Bantuan kepada masyarakat India tidak terhad melalui Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) demikian dianyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau memaklumkan ia turut disalurkan menerusi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.
"Kita ada 500 pusat pihak pembangunan, perusahaan dan kerjaya masyarakat India. Jadi semua tambahan mengikut kementerian bukan MITRA. Tetapi saya telah meminta supaya diselaraskan supaya rakyat-rakyat yang pengendali MITRA dan parlimen dapat ikuti perkembangan ini termasuk peranan Bank Negara Malaysia.
"Latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara China bawah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka peluang kepada 500 anak-anak muda India untuk dapat latihan intensif Malaysian Indian Skills Initiative (MiSI)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan berkenaan bantuan kepada msyarakat India.
Perdana Menteri menegaskan, angka itu sekali gus membuktikan pendekatan Kerajaan MADANI adalah inklusif agar tiada kelompok masyarakat tertinggal dalam arus pembangunan negara.