fb fb fb fb fb

Program MADANI Sarawak tawar 50 aktiviti menarik, diskaun saman

Program MADANI Rakyat Zon Sarawak

KUALA LUMPUR, 21 September- Persiapan jelajah Program MADANI Rakyat Zon Sarawak sudah memasuki fasa akhir dengan sasaran sekitar 100,000 pengunjung dijangka membanjiri Miri.

Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Mohd Faizal Harun menyatakan lebih 50 aktiviti dan perkhidmatan akan disediakan untuk rakyat negeri itu.

"Kami menawarkan pelbagai aktiviti seperti e-sukan, larian, wall climbing, pemeriksaan kesihatan, pergigian, serta perkhidmatan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk diskaun saman 50%," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri di sini pagi tadi.

Program MADANI Rakyat Zon Sarawak yang merupakan kerjasama antara kerajaan pusat dan PETRA akan berlangsung dari 27 hingga 29 September di Boulevard Shopping Mall, Miri, Sarawak.

2109 MADANI RAKYAT SARAWAK 2

Mohd Faizal Harun

SITI AISHAH MD ISA