fb fb fb fb fb

Program Jualan Ikan Murah JIMAT@MADANI akan diperluas - LKIM

PERMATANG PAUH, 3 Jun- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memperluaskan Program Jualan Ikan Murah JIMAT@MADANI di seluruh negara bagi memenuhi permintaan rakyat.

Program yang menyasarkan golongan B40 itu menyediakan ikan segar daripada nelayan tempatan dengan potongan harga sehingga 25 peratus daripada harga asal.

Menurut Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, pihaknya kini sedang mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai yang akan menjadi tapak untuk program berkenaan.

"Ia perlu bagi membantu golongan terbabit membeli barang basah itu pada harga murah sebagai usaha membantu meringankan beban mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Jualan yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi melibatkan kira-kira 500 kilogram ikan seperti jenahak, kembung, cencaru dan lain-lain.

Lokasi itu merupakan tempat permulaan bagi program jualan ikan JIMAT@MADANI dengan menawarkan pelbagai jenis ikan segar khususnya dari nelayan tempatan.


(Jualan yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi melibatkan
kira-kira 500 kilogram ikan seperti jenahak, kembung, cencaru dan lain-lain)

Media Baharu