SUBANG JAYA, 3 Jun- Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah kekerapan jadual perkhidmatan komuter pada waktu puncak di laluan Batu Caves ke Tampin.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kekurangan perkhidmatan tersebut disebabkan penutupan satu lorong bagi memberi laluan kepada pembinaan Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KDVT2).
(Menteri Pengangkutan Anthony Loke)
"Beberapa keretapi tambahan telah pun di laksanakan sejak 31 Mei yang lalu, kita mengharapkan bahawa tambahan kekerapan itu dapat mengurangkan kesesakan semasa waktu puncak.
"Namun begitu saya akan pantau dari semasa ke semasa dan saya akan berbincang dengan KTMB supaya kita dapat kurangkan kesesakan dan masalah itu", katanya kepada media selepas
melancarkan buku "Beneath Calm Waters" yang di tulis oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ,Subang Jaya, Michelle Ng.
Beliau memaklumkan landasan yang ditutup melibatkan kawasan Bangi hingga Seremban sepanjang 40 kilometer.