LABUAN, 10 Mei- Sebanyak 25 inovasi sistem pembelajaran dan pengajaran berjaya dihasilkan peserta program 'Challenge Based Learning' (CBL).
Pengetua Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS), Fadlin Aimuni berkata program disertai pelajar berusia antara 11 hingga 17 tahun.
Program disertai 250 pelajar LIS itu menerapkan 17 nilai Matlamat Pembangunan Lestari.
Antaranya kualiti pendidikan, kesihatan, kehidupan dan alam sekitar.
Ia bertujuan memupuk generasi kini menyelesaikan masalah yang proaktif terhadap cabaran global.
"Program ini kita panggil 'Challenge Based Learning' di mana pelajar akan 'eksplore' masalah yang dihadapi global iaitu 'based on global goals sustainable global goals'.
"Jadi pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing untuk menyelesailan masalah yang mereka dapat, 'this year their came out with 25 solutions' dan datang dengan produk-produk inovasi mereka," katanya kepada pemberita di sini.