fb fb fb fb fb

Program air tidak berhasil (NRW), bantu operator air negeri yang terjejas

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Sebanyak RM1.9 bilion diperuntuk bagi pelaksanaan program air tidak berhasil (NRW) secara berterusan bagi membantu operator air negeri yang terjejas.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, geran berjumlah RM535.4 juta, disediakan untuk penyediaan infrastruktur asas bagi membolehkan pengukuran NRW secara tepat.

"Kedua yang dilaksanakan ialah dengan pemberiaan insentif melalui geran sepadan dengan peruntukan sebanyak RM1.37 bilion sekiranya sasaran NRW yang ditetapkan dapat dicapai kerajaan persekutuan akan membiayai 50% atau 75% daripada perbelanjaan tahunan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan untuk menurunkan kadar NRW", katanya dalam sesi Dewan Rakyat.

Setakat ini, negeri-negeri yang mempunyai nilai NRW sebanyak 40 peratus ke atas meliputi Kelantan, Pahang, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.

ROSLINA BINTI DIN