fb fb fb fb fb

Produk IMAT tersedia di sembilan Agrobazaar K-SHOPPE seluruh Perlis

Foto RTM

MATA AYER, 26 Mac- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis menyediakan ruang kepada pengguna mendapatkan produk Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) iaitu kuih tradisional, biskut raya dan kek untuk persediaan sambutan Aidilfitri.

Ini menerusi outlet pemasarannya iaitu di sembilan Agrobazaar K-SHOPPE seluruh Perlis.

Menurut Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan, bermula awal Ramadan hingga kini, nilai jualan yang dicatatkan sebanyak mencecah RM200,000 melibatkan sembilan buah Agrobazaar K-SHOPPE.

"Nilai jualan yang direkodkan ini meningkat hampir 90 peratus berbanding hari biasa berikutan orang ramai kini dalam fasa persediaan menyambut Aidilfitri," katanya.

Beliau memaklumkannya Ketika mengadakan tinjauan ke agrobazaar di Mata Ayer, bagi melihat pengoperasian dan jualan produk IMAT sempena Aidilfitri.

Sepanjang tahun ini, FAMA akan membangunkan dan menaik taraf dua buah outlet Agrobazaar K-SHOPPE di seluruh Perlis melibatkan peruntukan sebanyak RM25,000.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM