SEREMBAN, 12 April -Rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) masih terbuka meskipun Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju penyandang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kekal bertanding di kerusi masing-masing.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perkara seperti itu biasa berlaku dalam mana-mana proses pembahagian kerusi setiap kali menjelang pilihan raya.
"Secara umumnya kerusi kerusi yang telah dimenangi oleh parti-parti yang telah bertanding dalam PRU ke-15 itu biasanya tidak tersentuh. Namun ia terbuka kepada perbincangan. Mengenai pembahagian kerusi itu perkara biasa", ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) dan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (REDI) Peringkat Negeri Sembilan di BRR Bandar Prima, Senawang pada Isnin.
pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Pakatan Harapan (PH) berjaya mendapat 20 kerusi, manakala BN pula mendapat 16 kerusi.
(Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub)