fb fb fb fb fb

PRN: Pembahagian kerusi di peringkat negeri hampir selesai - Ahmad Zahid

(FOTO BERNAMA)

ALOR GAJAH, 6 Mei - Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi bakal mencerminkan manifestasi penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan ketika ini.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persiapan rapi sudah dilaksanakan sebaik mungkin di antara semua jentera parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
 
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH akan mengadakan mesyuarat penyelarasan Kerajaan Perpaduan pada Ahad ini termasuk bagi mendengar persiapan parti-parti bagi menghadapi PRN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

"Dan selepas ianya diselesaikan semua keputusan negeri-negeri akan dibawa kepada parti masing-masing sebelum ianya diadakan perundingan dengan peringkat nasional untuk kita memuktamadkan pembahagian.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua Menteri Melaka,
Datuk Ab Rauf Yusoh ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Negeri Melaka/
Foto BERNAMA) 

“Saya yakin di peringkat negeri, kebanyakannya telah ada kesefahaman yang baik antara pemimpin-pemimpin parti dalam BN dan juga PH.

“Mana-mana kerusi yang akan diselesaikan antara parti-parti di dalam BN akan diselesaikan secara dalaman terlebih dahulu, begitu juga saya yakin (dengan) parti-parti di dalam PH,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Melaka, di sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Media Baharu