fb fb fb fb fb

Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan 2022 meningkat 50.35 peratus

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa
Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Ke-12 Bilangan 2 Tahun 2022)

KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Tahun 2022 setakat 15 Ogos mencatat peningkatan sehingga 50.35 peratus berbanding 26.4 peratus pada 15 April lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Ke-12 Bilangan 2 Tahun 2022 yang dipengerusikan beliau dan turut dihadiri menteri-menteri kanan, ketua jabatan serta agensi.

“Semua kementerian digesa meningkatkan prestasi perbelanjaan. Peruntukan yang tidak dibelanjakan perlu diserahkan kembali kepada Kementerian Kewangan untuk diagihkan semula kepada kementerian-kementerian yang memerlukan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa
Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Ke-12 Bilangan 2 Tahun 2022)

Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 dan Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara juga akan terus meneliti isu serta cabaran semasa bagi mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dalam tempoh RMKe-12 demi manfaat Keluarga Malaysia.

Selain itu, mesyuarat bersetuju supaya Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menyediakan Kajian Separuh Penggal RMKe-12.

Ia bagi meneliti dan menyemak semula dasar serta sasaran sedia ada agar matlamat pembangunan yang disasarkan dapat dicapai.

Proses itu akan bermula dari September tahun ini hingga September 2023.

Media Baharu