KUALA LUMPUR, 29 April – Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, hari ini melawat Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dalam satu lawatan rasmi.
Beliau diiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, serta Naib Presiden Kanan Malaysia, Petroleum Management PETRONAS, Datuk Ir Bacho Pilong.
Delegasi tiba pada pukul 9.30 pagi sebelum memulakan lawatan ke Jejantas Udara (Skybridge) di tingkat 42 dan seterusnya ke Pelantar Pemandangan (Skydeck) di tingkat 86.
Semasa di Skybridge, Pengurus Perkhidmatan Pengurusan Lawatan Menara Berkembar PETRONAS Safful Bahari Din, turut berkongsi beberapa tip dan teknik menarik untuk bergambar di lokasi ikonik tersebut.
Dr Mohamed Muizzu menghabiskan masa kira-kira satu jam menikmati keindahan panorama ibu negara dari menara berkembar yang menjadi mercu tanda negara.