
IPOH, 18 Februari – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Tengku Hussein, Manjoi, yang menempatkan penduduk terjejas banjir di daerah Kinta, ditutup sepenuhnya petang tadi.
- Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Kampung Tengku Hussein, Manjoi ditutup sepenuhnya pada petang yang sama.
- Semua penduduk terjejas dibenarkan pulang selepas keadaan kembali pulih dan selamat.
- Paras air Sungai Slim dan Sungai Bidor masih berada pada tahap bahaya setakat petang tadi.
Pusat pemindahan itu ditutup pada pukul 5 petang selepas semua penduduk terkesan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Sebelum ini, tujuh orang daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS berkenaan selepas kediaman mereka dinaiki air.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori memaklumkan operasi PPS ditamatkan berikutan keadaan kembali pulih dan selamat.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air Sungai Slim di Slim River serta Sungai Bidor di Changkat Jong masih berada pada tahap bahaya setakat petang tadi.