fb fb fb fb fb

Potensi pelaburan Labuan tarik minat delegasi EU

LABUAN, 19 Ogos- Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia berminat untuk menyertai sektor perniagaan dan kewangan antarabangsa Labuan.

Beberapa potensi pelaburan menjadi perhatian antaranya pembangunan pelancongan, pembinaan pelabuhan dan pelabuhan bio, usaha niaga perniagaan dalam tenaga boleh diperbaharui serta perkhidmatan dan produk yang ditawarkan Labuan IBFC.

Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata lawatannya itu berfungsi menilai kebolehlarasan kepentingan korporat kesatuan dengan potensi pelaburan yang terdapat di rantau ini.

"Maklumat dan input yang kita terima akan kita salurkan kepada duta-duta EU termasuk dewan-dewan perniagaan EU di Kuala Lumpur,agar peluang dan manfaat pelaburan baharu dapat diselaraskan di pulau ini," katanya.


(Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas)

Beliau ditemui pemberita ketika lawatan kerja ke pejabat Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias sempena lawatan jelajah ke Borneo.

Sementara itu, Bashir menyambut baik hasrat kerjasama itu bagi membangunkan potensi pelaburan yang mampan di Labuan.

"Kita berharap mereka akan datang ke Labuan membawa pelabur-pelabur pada masa akan datang. Kita sebagai pihak berkuasa tempatan, perbadanan Labuan akan memudahkan pada semua pelabur-pelabur yang datang, kita punya perancangan beberapa sektor akan kita cuba majukan," ujarnya.


(Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias)

Media Baharu