fb fb fb fb fb

Politik negeri kukuh dengan pembentukan kerajaan Perpaduan- Amiruddin

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun /FOTO BERNAMA

SERI MERANTI, 14 Januari-Kerajaan Negeri Sembilan dilihat bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke- 15 yang lalu menerusi pembentukan kerajaan perpaduan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata situasi yang mengakibatkan gencatan politik beberapa parti utama di Malaysia menyebabkan kerajaan negeri turut menerima tempias ‘Salju Politik’ itu.

"Tempiasnya salju politik turut dirasai di Negeri Sembilan untuk kerajaan pimpinan patik menghirup udara politik yang lebih segar di Bumi Adat Perpatih ini.

"Alhamdulillah, berkat permuafakatan ini, rakyat di negeri dan negara ini hidup lebih aman berbanding adanya negara luar yang hidup dalam kancah peperangan dan mendambakan keamanan tiba", kata Aminuddin ketika berucap demikian semasa ucapan tahniah dan taat setia sempena Hari Keputeraan   ke-76 Duli Yang Maha Mulia, Yang dipertuan besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, di sini.

Dalam pada itu, Aminuddin turut memaklumkan Kerajaan Negeri terus ke hadapan dengan melancarkan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021–2025 (RPNS 2021-2025) dan Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027 (PEDNS 2027) berasaskan prinsip utama kemakmuran ekonomi serta merancakkan pembangunan ekonomi digital di seluruh negeri itu sehingga 2027.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD