fb fb fb fb fb

Polis cari individu buli guna batu bata di Kepong

 (Polis KL meminta mana-mana individu yang terlibat dalam insiden di
persimpangan lampu isyarat Jalan metro Prima, Kepong tampil
membantu siasatan/FB Polis KL) 

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Polis Kuala Lumpur (Polis KL) sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pembuli jalanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, Kepong di sini.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada malam Ahad memohon sesiapa yang terlibat dalam insiden itu tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan.

"Selain itu, mereka boleh menghubungi Balai Polis Kepong di talian 03-6274 2312 dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222," menurut kenyataan Polis KL  di Facebook rasminya.


(Tangkap layar video tular seorang lelaki dipercayai melakukan buli menggunakan batu bata)

Tular di media sosial tindakan seorang lelaki mengetuk cermin sebuah kereta menggunakan bongkah batu bata dan memarahi pemandunya dengan kata-kata kesat.

Media Baharu