(Foto Bomba)
KLUANG, 22 Januari- Lima maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Mersing-Kahang, Kluang, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Mohd Nor menerusi kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4.40 petang.
Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Perodua Myvi dan Honda Stream.
Mangsa yang maut dikenali Muhammad Adil Abdul Kadir, 23; Masrina Kahdar, 21; Muhammad Zharfah Noramin, 16; Muhammad Shakir Noramin, 11 dan Mohammad Ashraf Radiq Abdullah, 11.
"Tiada mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu," katanya.
Semua mangsa diserahkan ke Hospital Kluang untuk tindakan lanjut.
Operasi berakhir pukul 6.27 petang.
(Lima maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan
di Jalan Mersing-Kahang, Kluang petang tadi/Foto Bomba)