fb fb fb fb fb

Polis kesan banduan larikan diri dari Hospital Sungai Buloh

Tangkap layar kenyatan media Ketua Polis Daerah Sungai Buloh

SUNGAI BULOH, 18 September- Pihak polis polis giat meneruskan jejak untuk menangkap banduan dalam kawalan penjara Sungai Buloh yang melarikan diri dari Hospital Sungai Buloh.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor dalam satu kenyataan berkata, pihak polis menerima maklumat berkenaan melalui MERS 999 daripada pihak hospital petang tadi.

"Banduan lelaki berbangsa India didapati telah tiada di katil dan disyaki melarikan diri.

"Nama banduan yang melarikan diri Kalai Kumar a/l Ananda berusia 27 tahun," kata kenyataan itu.

Banduan berkenaan mempunyai lapan rekod jenayah, empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan narkotik.

Pihak polis juga mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk melaporkan segera ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau berhubung mana-mana IPD yang berhampiran.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI