fb fb fb fb fb

Polis cari saksi kes kemalangan, penunggang motosikal maut di NPE

(Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki warganegara tempatan telah melanggar belakang lori
yang berhenti di lorong paling kiri kerana mengalami kerosakan/FOTO IHSAN POLIS PJ)

PETALING JAYA, 25 Jun- Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat insiden kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Kilometer 5.8 Lebuhraya di Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) menghala ke ibu negara tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A.Aziz di talian 011-32311232.


(Insiden kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut
di Kilometer 5.8, Lebuhraya NPE menghala ke ibu negara/FOTO POLIS PJ)

"Lebih kurang pukul 3.26 petang, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis berkenaan kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis honda dash, dan lori jenis Inokom.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 2.47 petang, katanya dalam kenyataan pada malam Jumaat.

Beliau berkata, mangsa yang maut merupakan seorang lelaki warganegara tempatan telah melanggar belakang lori yang berhenti dilorong paling kiri kerana mengalami kerosakan.

"Akibat kejadian tersebut mangsa yang berusia 22 tahun maut di lokasi kejadian," katanya.


 

Media Baharu