fb fb fb fb fb

Jemaah haji kongsi pelbagai kisah

MAKKAH, 25 Jun- Setiap Jemaah haji yang terpilih berpeluang datang beribadat di tanah suci walau datang dari latar belakang yang berbeza.

Dalam masa yang sama ada sebahagian dari mereka hadir membawa pelbagai kisah untuk dikongsi.

Bagi Raniza Idayu Kairan, menjadi tetamu Allah pada tahun ini cukup menghadirkan pelbagai perasaan kerana hari pelepasan ke tanah suci jatuh pada hari lahir ayahnya, manakala 'Hari Wukuf' dijangka jatuh pada hari lahir arwah ibunya.


(Jemaah haji, Raniza Idayu Kairan)

"Insyaallah, kami akan titipkan doa untuk arwah mak saya, kebetulan Hari Wukuf jatuh pada hari jadinya dan ia sangat menyentuh sentimental pada saya dan asbab mereka saya ada disini', katanya.

Manakala pasangan Mohd Amir Adris dan Rabeatul Husna Abdull Rahman terpaksa meninggalkan dua anak, seorang menghidap penyakit asma yang serius dan seorang menghidap penyakit buah pinggang.


(Jemaah haji, Mohd Amir Adris dan Rabeatul Husna Abdull Rahman)

"Terima kasih kepada mak ayah saya adik beradik saya, terima kasih kepada guru-guru yang membantu proses pertukaran sekolah dan seperti yang mak saya dah pesan serahkan urusan kepada allah mudah mudahan allah jaga anak-anak kami di kampung dan kami akan balik dengan selamat ke pangkuan keluarga kami insyaallah.

Peluang menjadi tetamu Allah juga dimanfaat untuk berdoa sebaik mungkin kepada yang maha esa agar segala urusan dipermudahkan baik di tanah suci mahupun di tanah air.

Media Baharu