fb fb fb fb fb

Pokok tumbang hempap kereta di Port Dickson

FOTO JBPMNS

PORT DICKSON, 28 November - Satu kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku, awal pagi tadi berhampiran Hotel Ehsan Sea View, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.14 pagi, sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dikerahkan ke lokasi.

"Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba mendapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat," menurut kenyataan tersebut.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shazrie Zainal Abidin bersama lima anggota menggunakan sebuah jentera jenis FRT.

Pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja pemantauan dan memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan.

JBPM Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada berikutan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE