
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah / Foto Hiasan
IPOH, 4 April – Kira-kira 40 pengamal media daripada pelbagai agensi membuat liputan Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 di Perak yang sedang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini.
- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah meluangkan masa beramah mesra dengan pengamal media di Pusat Media.
- Beliau menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media dan wartawan yang melaporkan program.
- Beberapa pegawai kanan MCMC dan Jabatan Penerangan Perak turut hadir untuk menyokong program.
- Perak membuka PMR 2026 dengan sasaran kira-kira 100,000 pengunjung dan lebih 200 perkhidmatan kerajaan serta aktiviti menarik.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah berkesempatan meluangkan masa beramah mesra bersama mereka di Pusat Media.
Beliau turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media terlibat termasuk wartawan yang melaporkan berita mengenai program tersebut.
Turut hadir ialah Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Abdul Karim Fakir Ali, Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya, Pengarah MCMC Perak, Mohd Irwan Mohamad serta Pengarah Jabatan Penerangan Perak, Azrul Hassan.
Perak yang membuka tirai PMR 2026, menyasarkan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari bermula Jumaat.
Program itu menawarkan lebih 200 perkhidmatan kerajaan selain pelbagai aktiviti menarik kepada orang ramai.