KUALA LUMPUR, 11 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-78, hari ini.
Beliau turut mendoakan agar baginda Sultan dan Tengku Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
"Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
"Dirgahayu Tuanku," zahir Anwar dalam Facebooknya.