fb fb fb fb fb

PM umum peruntukan RM3 juta kepada BSMM

KUALA LUMPUR, 5 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukkan RM3 juta kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), bagi rangsangan dan galakan kepada persatuan itu dalam kerja-kerja sukarelawan dan bantuan.

Peruntukkan itu melibatkan perkhidmatan ambulan kecemasan 999, geran persediaan menghadapi bencana melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan disalurkan untuk persiapan pembangunan kapasiti di ibu pejabat dan negeri.

"Menteri Nancy Shukri menyebut tentang peruntukan yang diserahkan melalui kementerian dan beliau juga telah bersetuju RM1 juta dari agensi pengurusan bencana negara NADMA . Itu khusus untuk kerja-kerja kebajikan atau usaha-usaha di lapangan baik dalam negara atau luar negara. Itu yang NADMA, tambahan RM1 juta. Dan untuk mmemperkukuh memastikan penyelenggaraan pengurusan di ibu pejabat dan negeri negeri itu lebih mantap, saya setuju menambah untuk ibu pejabat negeri RM1 juta lagi," kata Anwar di sini.

(Anwar ketika berucap merasmikan sambutan Ulang tahun ke-75
dan Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM, di sini
)

Anwar berkata kerajaan sentiasa menghargai peranan sukarelawan di negara ini yang sanggup merisikokan diri sendiri dalam usaha menyampaikan bantuan dan kebajikan, sama ada di dalam mahupun luar negara.

Beliau berkata semangat yang ada dalam sukarelawan itu juga selaras dengan gagasan MADANI iaitu ihsan yang mementingkan sifat kemanusiaan sejagat tanpa mengira perkauman sempit.

"Kemanusiaan itu bererti kita ada ihsan dan kasih sayang. Nilai kemanusiaan itu apabila kita bertimbang rasa, ada kasih dan sayang, mereka akan bantu yang menghadapi masalah dan ini satu hal yang dikembangkan Bulan Sabit Merah.

"Selama 75 tahun dalam sejarah Bulan Sabit Merah ini iaitu hampir umur saya dan dengan pengalaman mereka bukan baru, di media dipaparkan setiap kali malapetaka, bencana dan perang saudara, kehadiran wakil mereka ada (terdapat yang) menyabung nyawa dan menghadapi risiko termasuk ada yang cedera," katanya.

Justeru beliau mahu kementerian yang berkaitan untuk membantu dan mengalakkan lebih ramai anak muda untuk terlibat sama dalam kerja-kerja sukarelawan dan kebajikan.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah iaitu Pengerusi Kebangsaan BSMM.

Media Baharu