fb fb fb fb fb

Peruntukan RM22 juta, tambah baik keseluruhan Kompleks Jabatan Laut Labuan

Tinjauan di Terminal Feri Ro-Ro, Labuan

LABUAN, 31 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM22 juta untuk menambah baik keseluruhan Kompleks Jabatan Laut Labuan.

Ini termasuk pembaikan jeti kedua yang sedia ada di Terminal Feri Roll-on Roll-off (Ro-Ro) dan Penumpang.

Beliau mengumumkan peruntukan itu pada Program Sesi Santai Mesra Perdana Menteri bersama-sama Komuniti di Labuan bertempat di Perkarangan Jabatan Laut Labuan.

Beliau berkata, peruntukan itu bagi membantu mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselesaan pengguna.

Jelas Perdana Menteri, perkhidmatan keseluruhan perlu ditingkatkan seiring pembagunan insfratruktur yang akan dibangunkan.

“Penyelesaiannya bukan terminal feri, terminal feri baru. Penyelesaiannya ialah secara menyeluruh. Maknanya peralihan dari segi kecekapan, Imigresen dan mungkin polis bagi cadangan tentang 'flow', itu yang perlu buat, katanya semasa membuat tinjauan di Terminal Feri Ro-Ro, di sini.

Lebih 700 komuniti hadir memeriahkan program berkenaan.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaleha Mustafa dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Terdahulu, beliau meluangkan masa mengikuti taklimat Smart City Labuan di Wisma Perbadanan Labuan.

ROSLINA BINTI DIN