fb fb fb fb fb

PM ucap takziah kepada Anwar atas pemergian adik

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga atas pemergian adiknya, Rusli Ibrahim.

Ismail Sabri menyampaikan salam takziah itu menerusi hantaran di laman Twitter beliau malam tadi.


"Takziah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga atas pemergian adindanya, Tn Hj (Tuan Haji) Rusli Ibrahim.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Allahyarham merupakan anak kelima daripada sembilan adik beradik.

Terdahulu menerusi laman Twitter, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memaklumkan, adik beliau meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Selayang semalam.

 

 

Media Baharu