fb fb fb fb fb

Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dibuka semula untuk pengguna

(Dua lorong laju dan perlahan telah dibuka kepada pengguna pada pukul 7.56 petang tadi/Foto media sosial)

BENTONG, 1 Mac - Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di jajaran Sungai Bentong (KM68.2 - KM68.0) menghala ke Kuala Lumpur telah dibuka untuk pengguna.

ANIH Berhad (ANIH) menerusi hantaran Facebooknya memaklumkan bahawa paras air semakin surut.

"Pasukan petugas ANIH Berhad akan berada dilokasi bagi menilai paras air dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.

Terdahulu, pada kejadian 6.30 petang tadi, pengguna terkejut dengan kejadian limpahan air di atas jalan sehingga menghalang laluan sehala ke dari Karak ke arah Kuala Lumpur.

(Situasi di Jalan KL-Karak petang tadi akibat air melimpah/Foto media sosial)

Kejadian berpunca daripada air bukit itu sehingga mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya tersebut.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui Facebook menyatakan status terkini pada pukul 9.06 malam,bahawa trafik kembali lancar dengan pembukaan dua lorong laju dan perlahan telah dibuka kepada pengguna pada pukul 7.56 petang tadi terdapat kenaikan air di Kilometer 68 menyebabkan trafik perlahan.

Media Baharu