fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan meningkat kepada 26,000

KUALA TERENGGANU, 2 Mac- Penduduk terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan terus mencatat peningkatan apabila hampir 26,000 penduduk dipindahkan.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 120 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di dua negeri itu membabitkan 7,376 keluarga.

Di Terengganu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, tujuh daerah masih terkesan kecuali Marang yang telah pulih sepenuhnya.

Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri itu meningkat kepada 17,641 orang yang ditempatkan di 91 PPS setakat pukul enam pagi.

(Gambar fail)

Daerah Kemaman mencatat peningkatan ketara dengan 9,162 penduduk ditempatkan di 27 PPS membabitkan 2,354 keluarga.

Ia diikuti Hulu Terengganu, 4,185 dan Dungun 2,795.

Penduduk terjejas banjir di empat daerah lain pula terus menunjukkan penurunan dengan Kuala Nerus, 502; Kuala Terengganu, 490; Besut, 355 dan Setiu, 152.

Sementara itu, Kelantan pula mencatatkan 9,025 penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di 30 PPS membabitkan 2,992 keluarga.

Media Baharu