fb fb fb fb fb

172 calon SPM terjejas banjir terima bantuan

KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Prihatin dengan nasib 172 calon Sijil Peperiksaan Malaysia, (SPM) yang ditempatkan di dua buah sekolah dekat Kuala Terengganu, RM8,000 disumbangkan kepada sekolah terlibat.

Kesemua pelajar tersebut dari dua buah sekolah yng terjejas banjir di Hulu Terengganu, sejak Sabtu lalu.

Penempatan sementara ke sekolah itut bagi memastikan calon dapat menduduki peperiksaan dengan selesa.

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dan Madrasah Moden Kuala Berang.

233 calon SPM di Hulu Terengganu dikenal pasti terjejas banjir dan ditempatkan di tiga buah sekolah baharu.

(Datuk Ahmad Amzad ditemui wartawan selepas menyantuni calon SPM yang ditempatkan di Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin, Kuala Terengganu)

"Bantuan tersebut bagi menampung keperluan termasuk alat tulis serta keperluan lain yang kehilangan semasa banjir. Harap bantuan itu akan membantu dan semua kelengkapan akan ditentukan oleh cikgu mereka", kata Ahmad Amzad yang juga Ahli parlimen Kuala Terenganu, ketika menyantuni calon SPM yang ditempatkan di Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Sementara itu, calon SPM yang terjejas reda terpaksa menduduki peperiksaan dalam situasi banjir.

"Cikgu dan kawan dari seluruh negeri telah memberikan nota untuk penduduk yang terjejas banjir dan kami boleh rujuk daripada telefon untuk mengetahui info dan bahan rujukan yang telah hilang selama ini," kata calon SPM, Ahmad Naquiddin Mohamad Zaik

"Cikgu sekolah kami bertungkus lumus untuk menyiapkan bahan-bahan fotostat untuk kami. Saya boleh nampak pengorbanan yang besar cikgu kami dan ibu bapa juga memberi sumbangan yang banyak," kata seorang lagi calon SPM, Ahmad Zulhilmi Jamaluddin.

Media Baharu