KUALA LUMPUR, 2 Mac - Kerajaan sentiasa berusaha memastikan rangkaian internet di seluruh negara akan terus ditambah baik
Ini memandangkan terdapat beberapa kawasan yang sudah mendapat capaian liputan internet masih berada pada tahap yang tidak memuaskan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Seri Annuar Musa berkata, beberapa faktor akan diberikan tumpuan antaranya keperluan dalam menambah serta pembaikan menara telekomunikasi di beberapa kawasan.
(Tan Seri Annuar Musa ditemui pemberita selepas menjadi menjadi tetamu program Bicara Responsif di Angkasapuri )
"Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita mesti mempunyai rancangan bagaimana untuk memperbaikinya.Kita telah menetapkan menjelang akhir tahun ini misalnya, dari segi capaian internet mesti mencapai 96.9 peratus kepantasan pada tahap 35 Mbps," katanya.
Tan Seri Annuar ditemui pemberita di Angkasapuri selepas menjadi tetamu program Bicara Responsif.
Tambah Annuar, data daripada KKMM menunjukkan tahap penggunaan internet meningkat sebanyak 70 peratus sejak Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ekoran penularan pandemik COVID-19.