fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah kepada beregu wanita negara

KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.

Kejayaan menghadiahkan pingat emas ketujuh buat kontinjen Malaysia pada hari terakhir temasya diraih selepas pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final di Pusat Pameran Nasional (NEC).


(Beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya merangkul pingat emas pada Sukan
Komanwel 2022 di Birmingham, England)

"Pingat emas ketujuh Malaysia! Sasaran enam pingat emas tercapai!" kata Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter beliau.

Ismail Sabri juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurus pasukan, jurulatih, atlet dan seluruh kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022 Birmingham.

"Syabas @PejaOfPerak @KBSMalaysia @MSNMALAYSIA @BA_Malaysia. Pingat emas ketujuh Malaysia!" katanya menerusi Twitter.

Secara keseluruhan, Malaysia meraih tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa sepanjang temasya itu.

Setakat ini, Malaysia di kedudukan ke-10 daripada 43 negara.

Media Baharu