fb fb fb fb fb

PM tiba di Phnom Penh untuk lawatan kerja sehari

(Foto/PMO)

PHNOM PENH, 27 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja bagi lawatan rasmi sulung ke negara itu.

Jadual padat menanti Perdana Menteri, hari ini ke arah memperkukuh hubungan dua hala lebih 6 dekad.

Ketibaan Anwar disambut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

Mewakili Kerajaan Kemboja, Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Othsman Hassan selaku Menteri Pengiring.

Lawatan rasmi atas jemputan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen akan dimulakan dengan sambutan rasmi di Peace Palace Phnom Penh kira-kira 11.15 pagi, waktu tempatan.

Pertemuan empat mata Perdana Menteri bersama rakan sejawatanya akan tertumpu kepada pelbagai usaha ke arah memperkukuh hubungan kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi dan kestabilan politik serantau.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Phnom Penh, Kemboja bagi lawatan rasmi sulung ke negara itu/Foto PMO)

Anwar seterusnya dijadual menyaksikan acara menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan perburuhan sektor domestik dan formal yang akan ditandatangani Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Pemeteraian kedua-dua MoU akan memperkasakan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam sektor perburuhan, sebelum mengadakan sidang media bersama rakan sejawatannya, Hun Sen.

Perdana Menteri turut dijadual bertemu Presiden Senat dan Presiden Senat rakyat Kemboja bagi memperkasa badan legislatif di kedua negara.

Selain pertemuan dengan Diaspora Malaysia yang terdiri daripada ahli perniagaan dan para pelabur dari Malaysia.

Simbolik penyerahan 1,500 naskhah Al-Quran dalam tulisan Khmer bagi menggalakkan usaha mendalami Kalamullah juga akan diserahkan kepada Komuniti Melayu Champa.

Pada akhir lawatan, Perdana Menteri dijadual menyantuni ulama dan masyarakat Islam dengan menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Terawih di Masjid Al-Serqal.

Media Baharu