fb fb fb fb fb

22,327 pengambilan guru secara "one-off" dalam tempoh 3 tahun - KPM

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Dari tahun 2021 hingga Januari 2023, Kementerian Pendidkan (KPM) telah melaksanakan pengambilan seramai 22,327 guru melibatkan sebanyak 148 bidang pengkhususan melalui kaedah "one-off" dan kluster mata pelajaran sebagai strategi untuk memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Beberapa bidang pengkhususan diberi perhatian antaranya adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik dan Sejarah.

Jelas Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, urusan pengambilan tersebut akan berterusan bagi tahun 2023 dan seterusnya bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah.

"Lanjutan daripada itu, penyediaan unjuran ambilan guru baharu tahun 2023 hingga 2027 bagi bekalan sekolah menengah dan sekolah rendah, KPM telah disediakan berdasarkan data pada 31 Disember 2022.

"Data unjuran ambilan guru baharu sekolah KPM secara keseluruhan bagi tahun 2023 hingga 2027 adalah antara 16,886 hingga 20,081 guru.

(Timbalan Menteri Pendidikan / Lim Hui Ying)

"KPM akan sentiasa menyemak data unjuran dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan," katanya.

Tambahnya lagi, urusan pengambilan dilaksanakan melalui Pihak Berkuasa Melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang dijalankan sepanjang tahun.

Lim Hui Ying menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Media Baharu