fb fb fb fb fb

PM tiba di London

(Perdana Menteri, yang dalam perjalanan ke Washington DC bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat,
dijadual melawat Pameran Tenun Pahang: Menyulam Harapan yang diadakan sempena London Craft Week
di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square)


LONDON, 10 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di London awal hari ini, untuk menghadiri beberapa acara.

Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Luton disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Zakri Jaafar.

Sementara, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Zahid Rastam serta ketua-ketua jabatan dan agensi Malaysia yang berpejabat di London menyambut ketibaan Datuk Seri Ismail Sabri di hotel penginapannya.

Perdana Menteri, yang dalam perjalanan ke Washington DC bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat, dijadual melawat Pameran Tenun Pahang: Menyulam Harapan yang diadakan sempena London Craft Week di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square.

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
ke United Kingdom Zahid Rastam sejurus tiba di London pada awal pagi Selasa)

 

Beliau turut dijadual menghadap Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang berada di London bagi pameran yang julung kali diadakan itu.

Perdana Menteri menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Malaysia dengan rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom, sebelum meneruskan misi lawatan ke Washington.

Media Baharu