
KUALA LUMPUR, 13 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menerima kunjungan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib bersama isteri Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah dalam majlis minum petang di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, petang semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Pertemuan mengukuhkan hubungan silaturahim yang telah lama terjalin antara kedua pemimpin.
- Perbincangan fokus pada hala tuju pembangunan Pulau Pinang demi kesejahteraan rakyat.
- Penekanan kepada potensi negeri sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata pertemuan itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan silaturahim yang telah lama terjalin.
“Kami turut bertukar pandangan terkait hala tuju pembangunan Pulau Pinang, dengan penekanan kepada kesejahteraan rakyat serta potensi negeri sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.