fb fb fb fb fb

PM sumbang telefon bimbit baharu kepada sembilan aktivis FFC × TMTG

Aktivis FFC X TMTG selamat tiba di tanah air / Foto RTM

SEPANG, 12 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan telefon bimbit baharu kepada sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG).

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, yang hadir pada majlis sambutan kepulangan aktivis FFC x TTMG di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

"Seperti yang dijanjikan Perdana Menteri sebelum ini, mereka akan dihadiahkan telefon bimbit setelah telefon mereka dicampak ke dalam laut," ujar beliau.

“Jadi hari ini, beliau (Datuk Seri Anwar) tunaikan janji untuk berikan telefon bimbit kepada semua aktivis," katanya.

Terdahulu, sembilan aktivis FFC x TMTG menaiki pesawat Turkish Airlines TK60, pada 1.40 pagi dari Istanbul dan tiba di KLIA pada 4.01 petang tadi.

EMMI NORALIZA ADNAN