BANSKA BYSTRICA,19 Mei - Kesihatan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico dilaporkan berada dalam keadaan serius, namun stabil, kata pegawai tertinggi negara berkenaan susulan cubaan membunuh terhadapnya pada Rabu.
Perdana Menteri berusia 59 tahun itu ditembak sebanyak lima kali pada jarak dekat.
Serangan tersebut mencetuskan kejutan dan menimbulkan kebimbangan tentang situasi politik di negara berkenaan yang mempunyai 5.4 juta penduduk.
"Kita masih belum memenangi apa-apa pun. Ini adalah perkara penting yang ingin diperkatakan", kata Timbalan Perdana Menteri Slovakia, Robert Kaliniak ketika memaklumkan keadaan terkini berhubung keadaan kesihatan Fico di hadapan hospital di sini, iaitu lokasi Perdana Menteri Slovakia dirawat.
Mahkamah Jenayah Khas Slovakia pada Sabtu mengarahkan suspek yang dikenali sebagai kekal direman selepas dituduh atas cubaan membunuh.
Menteri Dalam Negeri Slovakia. Matus stuja Estok berkata suspek yang ditahan ketika serangan berkenaan dikatakan bertindak secara bersendirian.
Suspek turut dilaporkan sebelum itu terlibat dalam protes antikerajaan pada Khamis.
Kalinak berkata, buat masa ini tiada keperluan bagi mengambil alih tugas-tugas rasmi Perdana Menteri ketika beberapa komunikasi dengannya berlangsung.
Fico menjalani pembedahan selama dua jam pada Jumaat yang berhasil meningkatkan prospek pemulihannya.-REUTERS